Tambang ECRL mahal, Azan pakai formula siapa – Najib

Tambang ECRL mahal, Azan pakai formula siapa – Najib

Najib Razak mempersoal kenyataan Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail yang mendakwa tambang penumpang bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan lebih mahal enam kali ganda berbanding tiket pesawat.

Dalam hantaran di Facebooknya hari ini, Najib turut mempersoalkan siapa yang membuat pengiraan untuk pemimpin PKR itu dan formula siapa yang digun apakai hingga boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian.



“Macam mana orang PH ni boleh keluarkan kenyataan seperti ini?

“Takkan syarikat ECRL gila? Marah seluruh Pantai Timur Malaysia sekiranya harga tambang tinggi melambung seperti itu!,” katanya.

Kata Najib lagi, kerajaan dan ECRL tidak gila untuk meletakkan kadar tambang sebegitu sebaliknya yang gila adalah pemimpin PH yang mengeluarkan kenyataan berkenaan.

Katanya, kos projek ECRL adalah tinggi tetapi harga tambang akan munasabah dan berpatutan sebab sumber pendapatan projek ECRL bukan sahaja daripada kutipan tambang pengguna.



Najib berkata, bahagian terbesar sumber pendapatan dan trafik ECRL adalah daripada pengangkutan barang-barang.

“Freight dua hala dari pelabuhan Kuantan ke pelabuhan Klang. Dengan ini, kapal-kapal tidak perlu melalui negara Singapura.

“Satu lagi sumber pendapatan ialah projek-projek pembangunan transport oriented development (TOD) di sepanjang jajaran ECRL.

“Tapi saya tengok PH akhirnya mengaku bahawa projek ECRL adalah baik. Mampu menyelesaikan kesesakan trafik jalan raya masa perayaan besar,” katanya.



Kata Najib, ketika PH berkuasa, mereka membatalkan pembinaan beberapa stesen dan mengurangkan jarak serta menurunkan kos pembinaan daripada RM55 bilion kepada RM44 bilion.

“Lalu ditambah balik jajaran oleh kerajaan PN sehingga naik kepada lebih RM50 bilion tapi masih lebih pendek berbanding pelan asal kerajaan BN dan landasan ECRL tidak lagi sampai ke sempadan negara Thailand.

“Oleh sebab PH buat kacau semasa mereka memerintah dan projek dihentikan, ditangguh dan diperlambatkan, ECRL tidak akan beroperasi pada tahun 2024 seperti rancangan kerajaan BN dulu dan ditangguh ke Disember 2026 pulak.

“Maka rakyat pun perlu bertahan dengan kesesakan trafik setiap kali masa perayaan untuk lebih dua tahun lagi,” katanya.



Laluan rel sepanjang 665km itu meliputi pembinaan 59 terowong merentasi empat negeri merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor tergendala selama dua tahun. FMT

Tambang ECRL mahal, Azan pakai formula siapa – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah



Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker