Lelaki Dilaporkan Sesat Ditemui Mati Dalam Keadaan Terduduk

Lelaki Dilaporkan Sesat Ditemui Mati Dalam Keadaan Terduduk

Sarikei: Seorang lelaki yang dilapor hilang selepas disyaki tersesat ketika memasuki hutan nipah Sentebu, di sini, petang semalam ditemukan mati hari ini.

Mangsa, hutan nipah Sentebu, 37, ditemukan mati dalam keadaan terduduk dalam kawasan paya hutan berkenaan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR), 1.41 petang tadi.

Komander Operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan mayat Chee ditemukan pada jarak 30 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat masuk ke kawasan hutan berkenaan dari jalan utama pada 5.30 petang semalam.

“Pasukan SAR mengambil masa setengah jam mengeluarkan mayat mangsa dari kawasan hutan berkenaan menggunakan alat pengusung khas, dengan mangsa berjaya dikeluarkan 2.10 petang.

“Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya mengesahkan penemuan itu menamatkan usaha SAR yang digerakkan sejak pagi tadi.

Terdahulu, Chee dilapor memasuki kawasan hutan pada 5.30 petang, namun tidak kembali sehingga laporan polis mengenai kehilangannya dibuat keluarga, 8.15 malam.

Justeru, usaha pencarian dilakukan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama polis.-HM

Lelaki Dilaporkan Sesat Ditemui Mati Dalam Keadaan Terduduk

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker