Faiz bidas Annuar Musa tukar nada terhadap Muhyiddin

Faiz bidas Annuar Musa tukar nada terhadap Muhyiddin

Seorang pemimpin Bersatu membidas bekas setiausaha agung Barisan Nasional, Annuar Musa kerana mendakwa Perikatan Nasional berdendam terhadap BN.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Faiz Na’aman memberitahu Annuar bahawa kepimpinan Umno sendiri yang mengisytiharkan partinya dan PN sebagai musuh terlebih dahulu, khasnya dalam perhimpunan agung Umno.

“Dendam apa yang beliau maksudkan itu?

“Takkanlah beliau jangka Bersatu perlu terus berkhayal untuk bekerjasama dengan BN pula menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15? Sedangkan Umno sendiri yang terang-terang mahu membalas dendam atas kejatuhan mereka ditolak majoriti rakyat pada PRU lalu,” katanya kepada FMT.

Faiz turut berkata, Umno juga memusuhi PAS di negeri Annuar sendiri, Kelantan.

Beliau memetik kumpulan “dwipartisan” veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan pemimpin Amanah Kelantan baru-baru ini yang berhasrat menyingkir PAS dari Kelantan pada PRU15.

“Apa tindakan Umno terhadap Ku Li? Mana Muafakat Nasional mereka?” soalnya merujuk kerjasama antara Umno dan PAS yang dimeterai pada 2019.

Annuar, menteri komunikasi dan multimedia, baru-baru ini berkata kesediaan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama dengan “sesiapa sahaja” untuk menjatuhkan BN berbau dendam dan akan menyebabkan parti itu ditolak pengundi.

PN terdiri daripada Bersatu, PAS, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).

Faiz mempersoalkan tindakan Annuar mengubah nadanya terhadap Muhyiddin kini, berbanding ketika beliau menjadi menteri Wilayah Persekutuan di bawah Kabinet bekas perdana menteri itu.

“Dahulu, ketika berada di bawah kepimpinan PM8 (Muhyiddin), nadanya defensif terhadap pembentukan kerajaan PN ketika itu. Sekarang dilihat bagaikan mencurah cuka ke dalam luka antara hubungan Bersatu dan Umno.” FMT

Faiz bidas Annuar Musa tukar nada terhadap Muhyiddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui

JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker