Tahanan dadah lolos, 6 polis direman

Tahanan dadah lolos, 6 polis direman

Enam anggota polis berpangkat konstabel, koperal dan lans koperal ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kes seorang tahanan melarikan diri dari Balai Lokap Berpusat di Bayan Baru, George Town, Pulau Pinang, tengah malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata semua mereka berusia 20-an hingga 30-an direman tiga hari bermula hari ini.

“Dalam peruntukan undang-undang kita dibenarkan untuk menahan dan mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung insiden itu dan saya mengambil tindakan drastik kepada anggota yang bertugas semasa insiden berlaku.

“Saya selaku ketua polis Pulau Pinang tidak akan sesekali berkompromi dengan anggota dan pegawai yang cuai dalam melaksanakan tugas,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, suspek bernama Azizi Mohamad Hassan, 33, ditahan pada 20 April lalu dan sedang menunggu keputusan bawah Akta Dadah Berbahaya Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 sama ada akan dikenakan tahanan atau sekatan berkait kesalahan narkotik.

Shuhaily berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan dan 224 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat suspek diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi balai polis berdekatan. FMT

Tahanan dadah lolos, 6 polis direman


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker