Jiran gila lempar 7 bom tangan

Jiran gila lempar 7 bom tangan

SEORANG bekas pegawai polis disyaki bertindak gila membaling tujuh butir bom tangan ke arah rumah jirannya dalam satu kejadian di wilayah Ubon Ratchathani, Thailand malam kelmarin.

Kejadian itu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dilaporkan berlaku pada pukul 8.15 malam pada Sabtu.



Memetik laporan Thairath.co.th, tujuh butir bom itu dilempar ke arah sebuah rumah jiran suspek yang menyebabkan tiga cedera pada bahagian kaki dan muka selepas terkena kesan letupan bom tersebut.

Kejadian dikatakan berlaku ketika penghuni rumah sedang duduk di bawah rumah sebelum kedengaran bunyi objek jatuh dan kemudian meletup.

Menerusi rakaman CCTV kelihatan mangsa ketakutan sejurus bom pertama yang dilempar meletup.

Menurut polis, enam daripada tujuh butir bom tersebut meletup menyebabkan motosikal, peti sejuk, dan pam air rosak.



Siasatan di lokasi kejadian menemui beberapa lubang yang terhasil daripada kesan letupan bom berdiameter sehingga 10 sentimeter.

Sebutir bom yang tertulis M67 turut ditemui selepas ia tidak meletup.

Menurut Ketua Balai Polis Warin Chamrap, Kolonel Yuttana Pruksarungruang, sepasukan anggota telah dikerah bagi mengesan suspek.

Katanya, suspek bertindak melarikan diri sejurus melakukan perbuatan tersebut, dan motif dipercayai berpunca daripada pengaruh alkohol dan tekanan dibuang kerja yang dialami suspek. Utv



Jiran gila lempar 7 bom tangan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis



Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan

‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker