Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

KUALA LUMPUR: Berbanding 307 alasan yang dikemukakan pada peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mengemukakan 94 alasan bagi rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.

Difahamkan petisyen rayuan yang mengandungi alasan-alasan tersebut difailkan lewat petang tadi.

Terdahulu, pada prosiding di sebelah pagi, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim membenarkan permohonan Najib untuk lanjutan sehingga hari ini untuk memfailkan petisyen terbabit.



Turut bersidang ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.

Najib sepatutnya memfailkan petisyen rayuan tersebut pada 11 April lalu namun memohon lanjutan masa tersebut atas alasan perlu meneliti 176 jilid rekod rayuan.

Antara alasan-alasan yang dikemukakan dalam petisyen rayuan di Mahkamah Persekutuan ialah, Najib menyatakan Mahkamah Rayuan telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila sependapat dengan dapatan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di sini.

“Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal menilai bukti dengan betul serta gagal mengenal pasti perbezaan antara fakta yang telah dibuktikan dengan fakta tidak dibuktikan.



“Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi juga terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila membuat dapatan atas kesemua elemen pertuduhan dengan menggunapakai logik dan rasional mereka,” ujar Najib dalam petisyen terbabit.

Selain itu, Najib dalam petisyen terbabit menyatakan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila menyatakan pembelaan bahawa wang RM42 juta tersebut merupakan sebahagian daripada ‘Derma Arab’ tidak disokong oleh sebarang bukti kukuh di mahkamah.

“Mahkamah Rayuan terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila menolak pembelaan perayu (Najib) berkaitan dengan derma Arab tersebut. Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila menyatakan bahawa pembelaan derma Arab tersebut tidak mempunyai sebarang kredibiliti dan merupakan rekaan semata-mata,” katanya.

Secara keseluruhannya, Najib akan mengemukakan kekhilafan-kekhilafan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi serta tindakan pihak pendakwaan yang telah menafikan hak Ahli Parlimen Pekan itu untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.



“Mahkamah Rayuan terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Najib tidak perlu dibekalkan dengan kenyataan-kenyataan yang direkodkan oleh badan penyiasat daripada bakal-bakal saksi ketika diarahkan untuk membela diri.

“Ini merupakan antara kegagalan pihak pendakwaan untuk mendedahkan bahan-bahan atau bukti yang tidak digunakan dalam perbicaraan yang boleh membantu dalam kes perayu,”kata petisyen itu.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi di sini mensabitkan Najib bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Pada 8 Disember 2020, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib.



Sehari sebelum itu, mahkamah sama menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu dalam rayuan kes penyelewengan dana tersebut atas alasan tiada keadaan istimewa yang membolehkan keterangan baharu itu diterima.

Bukti baharu yang cuba dimasukkan dalam rayuan tersebut membabitkan penglibatan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar yang dikatakan bersekongkol dengan Jho Low atau Low Taek Jho bagi memudahkan ahli perniagaan dalam buruan itu untuk menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya SRC Internationa

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis

Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan

‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker