Sokong Anwar jadi PM jika mahu bersama PH – Farhash

Sokong Anwar jadi PM jika mahu bersama PH – Farhash

Mana-mana parti yang ingin bekerjasama dengan PKR mestilah menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri gabungan pembangkang, kata Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Bekas ketua PKR Perak itu berkata sekaranglah amat penting untuk parti dan sekutunya menyokong kepimpinan Anwar, selepas kekalahan teruk pada PRN Johor, Sarawak, dan Melaka.



“Dalam Pakatan Harapan, masih sama; Anwar satu-satunya calon perdana menteri. Parti lain yang mahu bekerjasama mesti terima ketetapan itu.

“Kita mesti rapatkan saf di belakang Anwar, semua sebagai satu suara, dan percaya pada kepimpinannya. Jika kita satu suara, masyarakat akan terima mesej kita,” katanya dalam temubual FMT.

Farhash percaya PKR dan sekutunya dalam PH mempunyai kekuatan secukupnya untuk bertanding PRU15.

Beliau menegaskan sebarang kerjasama lanjut dengan parti pembangkang lain haruslah dikaji secara mendalam dan mestilah mengambil kira pandangan akar umbi.



Sebelum ini, Anwar yang juga presiden PKR menyeru PH berbincang dengan semua parti pembangkang menjelang PRN Johor. Awal bulan ini pula, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, berkata PH sedia membincangkan kerjasama dengan mana-mana parti menjelang PRU15.

Bagaimanapun, tak semua parti pembangkang lain mahu Anwar jadi perdana menteri. Presiden Warisan, Shafie Apdal, baru-baru ini berkata rakyat mahu perubahan kepimpinan.

Mahu menang

Dalam pada itu, Farhash berkata PKR mahu melangkah ke PRU15 dengan kemahuan dan keyakinan untuk menang.



“Jangan tawar hati dengan cakap-cakap kononnya kita tidak akan dapat memenangi dua pilihan raya akan datang. Politik boleh berubah bila-bila masa, jangan menyerah kalah,” katanya.

Beliau menepis kenyataan Nurul Izzah Anwar bahawa PH memerlukan sekurang-kurangnya dua pusingan pilihan raya untuk menawan Putrajaya.

Farhash berkata PKR dan PH mesti mendengar denyut nadi akar umbi dan pengundi jika mahu faham sentimen di lapangan, serta meningkatkan peluang mereka menjelang PRU15.

Mengulas mengenai pemilihan PKR tidak lama lagi, Farhash berkata pemilihan itu langkah perlu untuk ‘membersihkan’ parti dan mengisi kekosongan dalam saf kepimpinan selepas Langkah Sheraton pada 2020.



“Pemilihan ini salah satu langkah untuk kami merapatkan saf dan kembali lebih kuat,” katanya.

“Ketika ini ada kekosongan yang ketara. Kami tiada timbalan presiden, banyak naib presiden tidak ada, malah ada kekosongan jawatan di beberapa bahagian.”

Farhash berkata PKR perlu mengisi kekosongan di jawatan-jawatan penting parti agar dapat menghadapi PRU15 dengan sempurna. FMT

Sokong Anwar jadi PM jika mahu bersama PH – Farhash




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun



Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker