30 minit dibenarkan berada di R&R semasa perayaan Aidilfitri

30 minit dibenarkan berada di R&R semasa perayaan Aidilfitri

SEMARANG: Tempoh berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) hanya dibenarkan selama 30 minit bagi setiap pengunjung yang pulang ke kampung sempena perayaan Aidilfitri.

Langkah itu dibuat bagi mengawal jumlah kenderaan yang memasuki kawasan R&R sekali gus mengelakkan kesesakan jalan.



Pengarah Jasa Marga Semarang Batang, Prayudi memohon kepada semua pengguna lebuh raya memanfaatkan masa mereka sebaiknya.

Katanya, ramai pengguna akan menggunakan lebuh raya semasa musim perayaan Aidilfitri nanti.

“Laluan masuk ke kawasan itu akan menjadi sehala sahaja, jadi senang untuk kita bagi peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengambil masa terlalu lama sebelum meneruskan perjalanan,” katanya lapor Kompas.com.

Prayudi berkata, pihaknya juga akan menambah bilangan tandas di kawasan R&R bagi mengelakkan orang ramai beratur panjang.



“Kita akan tambah kapasiti 100 tandas jenis A dan 50 tandas jenis B,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan bersedia daripada segi mental, minyak kenderaan, kad elektronik tol dan bekalan makanan sepanjang melakukan perjalanan. Utusan

30 minit dibenarkan berada di R&R semasa perayaan Aidilfitri


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan



Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker