Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Sejak awal Ramadan lalu, nama Chef Ammar Ali menjadi popular kerana tular pelbagai kejadian yang berlaku di kedai Nasi Arab Bazar Ramadan Stadium Shah Alam.

Antaranya dia telah menghadkan pembelian setiap seorang dan memberikan nombor supaya mereka tidak beratur terlalu lama namun gagal mendapatkan juadah.

Malah ada pelanggan yang bergaduh gara-gara tidak berpuas hati insiden potong giliran dan menjual semula menu itu dengan harga tinggi.

Ada netizen juga berpendapat kenapa pelanggan sanggup beratur berjam-jam di bulan Ramadan sedangkan gerai Chef Ammar dibuka 11 bulan lagi di Subang.




Apa pun, sambutan yang luar biasa terhadap nasi Arab itu pastinya memberi keuntungan yang berlipat kali ganda untuk tukang masak asal Palestin itu memandangkan kedainya menjual dua menu dengan harga RM25 dan RM50.

Namun setiap kejayaan seseorang pasti ada sahaja yang dengki.

Ini kerana menurut Chef Ammar di media sosialnya secara langsung, salah satu kedainya terpaksa ditutup kerana mendakwa ada yang busuk hati menghantar sihir.

Dalam video berkenaan, tukang masak itu memaklumkan dia mengambil langkah berkenaan adalah untuk menjaga keselamatan keluarga dan akur dengan rezeki yang sudah ditetapkan oleh Allah.

Pengakuan Chef Ammar itu menyebabkan para pengguna media sosial meluahkan rasa simpati dengan apa yang berlaku.




Ini kerana mereka mengikuti kisah Chef Ammar pasti tahu perjuangannya dalam menjadi tukang masak sehingga sanggup berhenti kerja dan memberikan fokus kepada perniagaan sendiri demi memastikan semua orang dapat merasai juadah yang berkualiti.

Mereka juga turut berasa geram dengan sesetengah pihak yang masih mempercayai perkara-perkara khurafat ini hanya kerana dengki dengan kejayaan orang lain. MG

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat



Leave a Reply

Your email address will not be published.