Kutuk tindakan cucuh mercun ke dubur kucing

Kutuk tindakan cucuh mercun ke dubur kucing

TIADA hati perut. Itu yang boleh disimpulkan ke atas tindakan tidak berperikemanusiaan dalam video tular memaparkan aksi mencucuh mercun secara sengaja ke dalam dubur kucing.

Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu hantaran di Facebook berkongsikan video tular berkenaan dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim berkenaan.



Menurut hantaran berkenaan, perlakuan sewenangnya menzalimi haiwan menunjukkan tamadun dan mentaliti sesebuah bangsa.

“Apa dosa seekor kucing ini kepada diri dan keluarga pelaku hingga sanggup mencucuh mercun secara sengaja ke dalam dubur kucing tersebut sambil ketawa menghiburkan.

“Animal Malaysia mengutuk perbuatan zalim mencucuh mercun ke dubur kucing yang tidak mengerti apa-apa dan menuntut kerajaan negara pelaku tersebut mengambil tindakan menangkap dan menghukum dengan seberat-beratnya penjenayah haiwan ini,” katanya hari ini.

Menurut Animal Malaysia, insiden dipercayai berlaku di luar negara itu merupakan contoh tidak baik.



Baca juga: Gambar tular nasi dan kuah bukan makanan RMT – Radzi Jidin
“Sekiranya berlaku di Malaysia pelaku berdepan hukuman minimum satu tahun dan maksimum tiga tahun penjara serta denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000.

Sehubungan itu, orang awam boleh mengongsikan kes jenayah haiwan ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan. E9

Kutuk tindakan cucuh mercun ke dubur kucing


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji



Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker