Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Oleh Nurul Aisyah

MEMANG melampau tindakan DAP yang dilihat menjadikan tragedi Basikal Lajak sebagai modal politik perkauman Cina lawan Melayu. Dalam kejadian tersebut Sam Ke Ting memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak.

Remaja yang maut dalam kejadian itu ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

DAP mempersoalkan kenapa Datuk Seri Najib diberi ikat jamin tetapi Sam dinafikan pula. Mereka cuba mengaitkan DSN supaya Rakyat membenci beliau.

Dalam perkara ini, DSN minta agar DAP jangan jadikan tragedi basikal lajak ini sebagai modal politik perkauman dan kebencian. Keputusan untuk tidak memberi ikat jamin kepada Sam tiada kaitan dengan DSN atau kerajaan.

Ini merupakan keputusan seorang hakim dalam mahkamah tinggi sebab mahkamah rayuan belum putuskan untuk memberi kebenaran kepada Sam untuk merayu.

Setiap individu dalam Malaysia berhak menerima pembelaan yang adil dan lengkap.

DSN juga tidak bersetuju dengan keputusan kes SRC beliau.

Saya tak faham kenapa saya didapati bersalah sebab saya pernah terlibat dalam sebuah mesyuarat kabinet pada tahun 2011 untuk meluluskan jaminan kerajaan RM4 bilion kepada SRC walaupun bekas menteri yang syorkan dan membawa kertas tersebut kepada kabinet tidak pula didakwa biarpun dia disyaki menerima bayaran RM85 juta dari Jho Low untuk simpan dalam akaun proksinya di Singapura.
Saya tidak faham kenapa saya didapati bersalah sebab kononnya saya perlu tunggu 4 1/2 tahun untuk menggelapkan RM42 juta (1% daripada RM4 bilion tersebut) pada tahun 2014 dan 2015 walaupun langsung tiada bukti yang saya pernah arahkan atau meminta wang tersebut dimasukkan dalam akaun saya.

Wang itu pun bukan digunakan untuk peribadi saya tetapi digunakan untuk sedekah.

Mahkamah juga tahu bahawa sebelum RM42 juta ini dimasukkan ke dalam akaun saya, saya terbukti menerima sehingga RM642 juta dari akaun bank Kementerian Kewangan Arab Saudi.

Duit itu adalah untuk saya guna sebagaimana yang saya ingin tapi saya juga tidak berbelanja dana tersebut untuk tujuan sedekah dan politik.

Saya beri RM642 juta tetapi mahu “curi” RM42 juta ke?

Paling yang saya tak faham ialah kenapa bekas gabenor BNM yang suruh saya buka akaun atas nama saya dan yang saya arahkan untuk pantau akaun saya pula tidak didakwa walaupun keluarga dia telah dibayar sehingga RM700 juta oleh Jho Low.

Jika bekas gabenor tersebut jalankan tugasnya untuk memantau kemasukkan dana ke dalam akaun saya, kes-kes ini ke atas saya tidak akan berlaku.

Lagi merumitkan ialah pihak pendakwaan pula tidak mahu dedahkan maklumat berkenaan dua individu menerima begitu banyak bayaran dari Jho Low semasa perbicaraan untuk digunakan bagi pembelaan saya.
Dan pendakwaan dan hakim pula masih tidak benarkan bukti-bukti baharu ini dimasukkan dalam perbicaraan saya.

Ya, saya dan ramai penyokong saya tidak bersetuju dengan keputusan hakim dan mahkamah.

Suka atau tidak, itu adalah sistem perundangan kita – sama dengan kes cik Sam.

Dalam perkara ini, DAP dilihat sebagai cuba mengambil kesempatan untuk meletakkan semua kesalahan di bahu DSN. Perkara tersebut sudah tentu akan mengundang kemarahan rakyat.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker