Puluhan bangkai naga laut terdampar di pantai Australia

NAGA laut berwarna-warni yang besar ditemui di sekitar pantai di Australia. – Facebook/ Betty Ratcliffe

SYDNEY – Berpuluh-puluh bangkai sejenis hidupan laut aneh ditemui terdampar di pantai Australia selepas hujan turun selama beberapa minggu di negara itu, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Pakar-pakar terkejut dengan penemuan naga laut rumpai itu yang muncul di pinggir-pinggir pantai di negeri New South Wales.

“Jelas sekali ia adalah kesan daripada beberapa kombinasi fenomena termasuk cuaca yang luar biasa, bahan pencemar yang dihanyutkan ke lautan dan kejadian ombak besar,” jelas Profesor Ekologi Marin di Universiti Teknologi Sydney, Dr. David Booth kepada akhbar Sydney Morning Herald.

Beberapa ekor naga laut rumpai ditemui terdampar di pantai Cronulla, Malabar dan Central Coast dengan jumlahnya dianggap 10 kali ganda berbanding biasa.



Spesies berkenaan sering ditemui di perairan Australia, namun adalah sesuatu yang luar biasa bagi haiwan itu untuk sesat begitu jauh dari habitat asal.

Naga laut dewasa dianggarkan hanya berenang sejauh 50 hingga 500 meter dari habitatnya.

“Perkara ini boleh menyebabkan spesies tersebut kehilangan habitat dan mengubah faktor persekitaran,” tambah ketua penyiasat, Dr. Selma Klanten.

Naga laut terkenal dalam kalangan penyelam kerana memiliki warna yang berbeza seperti kuning dan ungu. Pertumbuhannya boleh mencapai sepanjang 45 sentimeter dan kebiasaannya tinggal di antara terumbu karang serta berkait rapat dengan kuda laut.



Ia pernah disenaraikan sebagai spesies terancam dalam Senarai Merah Spesies Terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) dan sesiapa yang cuba mengutip atau membelanya tanpa permit, adalah didapati melakukan kesalahan. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung



Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker