Tumpu ibadat bulan puasa, Isham sindir Anwar

Tumpu ibadat bulan puasa, Isham sindir Anwar

Presiden PKR Anwar Ibrahim disindir “tidak menyempat-nyempat” susulan sudah bersedia untuk berdebat berhubung isu Sapura Energy Berhad (SEB).

Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil, berkata Anwar seharusnya menghormati Ramadan kerana semua pihak mahu menumpukan kepada beribadat, bukannya berdebat.

“Kita tiada masalah kalau Anwar nak berdebat malam ini sekali pun, tetapi hormatilah orang berpuasa dan bersolat Tarawih beberapa minggu ini sahaja pun.

“Takkan nak mula debat semasa berpuasa atau selepas Tarawih dan habis tengah-tengah malam? Lepas habis puasa, kita debatlah sepuas hati,” kata Isham di Facebook.

Beliau berkata demikian mengulas kesediaan PKR berdebat berhubung isu SEB.

Penyelaras debat PKR Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, Anwar bersedia berdebat namun pihak bekas perdana menteri Najib Razak meminta ia diadakan selepas Aidilfitri.

Fahmi turut berkata, kedua-dua pihak akan bertemu esok bagi menyelaras tarikh debat itu.

Isham turut menyindir Anwar yang baharu memenangi jawatan presiden PKR tanpa bertanding dengan “kurangkan berkepak bulan Ramadan ini”. FMT

Tumpu ibadat bulan puasa, Isham sindir Anwar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pencuri telefon kena ‘smackdown’, tewas di tangan wanita

Gadis cantik jadi buruh sanggup pikul simen

Amalan Dilakukan Rasulullah s.a.w. Ketika Berbuka Puasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker