Sajian Tujuh Kawah Wak Lan Dan Pencuci Mulut Raja Buah Memang Berbaloi Untuk Santapan Berbuka Puasa
Sajian Tujuh Kawah Wak Lan Dan Pencuci Mulut Raja Buah Memang Berbaloi Untuk Santapan Berbuka Puasa
HOTEL Marriott Putrajaya merupakan salah satu destinasi iftar yang popular di Lembah Klang.
Menurut Chef Sous Eksekutif, Chef Zulkifli Asyul Sutan Saidi atau Wak Lan, Tujuh Kawah Wak Lan yang terdiri daripada nasi pelbagai jenis, daging gulai, ayam dendeng, Bamia Kambing, Sotong Masak Tumis Berempah, Gulai Ayam Kerisik, Paru Rendang Pedas dan banyak lagi perlu dicuba.
“Deretan menu Tujuh Kawah Wak Lan akan bertukar setiap hari. Selain itu, lebih 100 sajian dari Asia Tenggara seperti kambing bakar, makanan jalanan, sate dan lain-lain turut disediakan khas untuk mereka yang berbuka puasa di sini,” katanya.
Tujuh Kawah Wak Lan
Kepada peminat masakan dari negara jiran, Thailand, masakan Hor Mok atau Kari Ikan Thai, Gai Hor Bai Toey (ayam pandan) dan somtam boleh dijadikan santapan pilihan.
Jika mahu bertukar selera, pelanggan boleh mencuba seleksi makanan laut segar seperti tiram, ketam, udang dan kerang hitam yang dihamparkan di atas pulau ais buatan.
Sudah kenyang menikmati sajian berat, apa kata mencuba variasi pemanis mulut. Antaranya seperti cendol durian, serawa durian dan kek keju durian yang boleh dijadikan penamat sajian berbuka.
SinarPlus percaya, dengan nilai yang dibayar, kehadiran anda di Hotel Marriott Putrajaya memang berbaloi.
Tujuh Kawah Wak Lan
Pentas Citarasa Zest Lifestyle Restaurant
Alamat: Hotel Marriott Putrajaya, IOI Resort City, Putrajaya
Waktu: 6.30 petang hingga 10 malam
Tarikh: 4 April hingga 2 Mei 2022
Menu signatur: Tujuh Kawah Wak Lan dan pencuci mulut durian
Harga: RM188 (dewasa) dan RM94 (kanak-kanak). SPlus
Sajian Tujuh Kawah Wak Lan Dan Pencuci Mulut Raja Buah Memang Berbaloi Untuk Santapan Berbuka Puasa
Baca Artikel Menarik:
- PM Sekarang Pun Boleh Ditukar Kalau Kami Mahu – Mat Sabu
- Paras Oksigen Anak Amyra Dan Amar Menurun ‘Semoga Allah Angkat Kesakitan Ayra Aryssa’
- Video terkini Ummi Khazriena, kanak-kanak yang viral dalam iklan Hari Kemerdekaan 15 tahun lalu
- Penjaga Gol JDT Mohd Farizal Stabil Selepas Insiden Mencemaskan
- Undang-undang mana Muhyiddin pakai PM kena runding dengan PN?
- Jangan banding kos haji Malaysia dengan Indonesia, perkhidmatan jauh berbeza
- Ronaldo disiasat polis kerana hempas telefon bimbit penyokong
- Pendakwah bebas maut kemalangan
- Majlis berbuka puasa bersama PM dapat sambutan luar biasa pemimpin pembangkang
- 7 tahanan Penjara Jelebu lolos, seorang dicekup
- Netizen persoal JKR Sarawak kos bina jeti RM50,000
- Imam berjubah antara 8 mat rempit ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET