Majlis berbuka puasa bersama PM dapat sambutan luar biasa pemimpin pembangkang



Majlis berbuka puasa bersama PM dapat sambutan luar biasa pemimpin pembangkang

Buat pertama kali dalam sejarah majlis berbuka puasa oleh Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa daripada pemimpin-pemimpin parti pembangkang.

Hampir kesemua pemimpin utama parti pembangkang hadir dalam Majlis Berbuka Puasa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Laman Sari, Seri Perdana malam ini.

Antaranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Turut hadir lebih 200 Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara termasuk menteri-menteri Kabinet serta anak-anak yatim dari Raudhatul Al Faeez, Gombak.




Kehadiran hampir kesemua pemimpin parti politik Kerajaan dan pembangkang jelas menunjukkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri dan perpaduan yang utuh bagi memastikan negara dapat terus melangkah ke hadapan keluar daripada pandemik Covid-19. MG

Majlis berbuka puasa bersama PM dapat sambutan luar biasa pemimpin pembangkang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan



Leave a Reply

Your email address will not be published.