Kes saman: Saya tak pernah rayu sokongan mana-mana parti – Ismail



Kes saman: Saya tak pernah rayu sokongan mana-mana parti – Ismail

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang menyaman pemilik sebuah portal berita berhubung artikel yang didakwa berunsur fitnah berkata, pembelaan kewartawanan yang bertanggungjawab tidak boleh dipertahankan.

Beliau berkata, adalah “tidak benar sama sekali dan tidak berasas” bagi pemilik Agenda Perusahaan Media Harian (Agenda Daily) Izwan Mohd Zubit menyatakan bahawa beliau “merayu” sokongan untuk kekal berkuasa.

Ismail berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan perkataan itu mahupun “merayu” sokongan daripada mana-mana parti politik semasa berucap di pusat konvensyen Majlis Daerah Bera pada 29 Jan.

“Defendan gagal untuk menghubungi saya bagi mengesahkan kenyataan itu. Sebaliknya, (dia) menerbitkan artikel yang berunsur fitnah,” katanya menjawab pembelaan Izwan yang difailkan bulan lalu.




Ismail berkata, beliau turut menolak pembelaan “justifikasi” dan “komen adil”.

“Pembelaan justifikasi dan ulasan yang adil tidak boleh digunakan kerana kenyataan itu palsu dan tidak berasas,” katanya.

Beliau memfailkan saman pada 17 Feb selepas Agenda Daily menerbitkan artikel bertajuk “Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, ‘rayu’ jangan tarik sokongan”.

Izwan berkata, portal berita itu mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, artikel itu tidak diterbitkan dengan niat jahat dan perkara itu adalah kepentingan awam.

Ismail berkata, perkataan “rayu” dalam artikel itu menyampaikan konotasi negatif apabila dibaca secara keseluruhan.




Dalam pernyataan tuntutannya sebelum ini, beliau berkata, penyiaran itu, dalam maksud biasa dan secara kesimpulan, membayangkan bahawa beliau bimbang akan menjadi sebagai perdana menteri dengan tempoh paling singkat dalam sejarah Malaysia.

Beliau berkata, juga tersirat bahawa beliau terdesak untuk memegang jawatan itu dengan apa cara sekalipun dan sanggup “merayu” parti politik tertentu supaya tidak menarik balik sokongan kepadanya.

Katanya, artikel itu juga memberi gambaran bahawa beliau hanya mementingkan kedudukan dan tidak mempedulikan rakyat.

Beliau memohon injunksi kekal, ganti rugi dan permohonan maaf untuk disiarkan dalam Agenda Daily dan dua akhbar.

Mahkamah Tinggi menetapkan pengurusan kes pada 21 April.




Peguam mewakili Ismail, Joshua Tan, berkata, pada 27 Apr mahkamah sama ada akan memberikan injunksi untuk menghalang Agenda Daily daripada menyiarkan atau mengulangi dakwaan itu sementara menunggu keputusan perbicaraan.

Ismail memperoleh injunksi ad interim pada 4 Mac dan ini akan terus berkuat kuasa sementara menunggu keputusan permohonan injunksi. FMT

Kes saman: Saya tak pernah rayu sokongan mana-mana parti – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

https://mykmu.net/2022/04/06/zoey-rahman-kini-rapat-dengan-shakira-stephen-setelah-tiada-jodoh-dengan-zarina-anjou



Leave a Reply

Your email address will not be published.