PN, PH Tak Kisah Apa Jadi Asal Dapat Tumbangkan BN

PN, PH Tak Kisah Apa Jadi Asal Dapat Tumbangkan BN

“Menarik sangat baca paparan cadangan Ketua Armada PPBM mengenai masa depan parti-parti politik selain BN untuk kembali berkuasa,” kata
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata demikian berhubung laporan dari sebuah portal yang memetik Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata semua parti termasuk Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu bersatu dan buat pakatan besar.



Malah lapor portal terbabit, semua perlu berkorban dan menerima Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali menjadi Perdana Menteri kerana Anwar Ibrahim tak layak sementara Parti Pejuang tak lebih dari kelab penyokong Tun Dr Mahathir.

Sehubungan itu kata Ahmad Shabery, politik adalah seni segala kemungkinan dan marah kerana Langkah Sheraton boleh hilang kalau ada matlamat dan kepentingan bersama yang lebih besar.

“Langkah Sheraton TSMY sangat kecil salahnya, berbanding apa yang Tun M buat pada DSAI dan juga pemimpin Dap dulu. Akhirnya mereka boleh bersama, maaf, beri simbol mata untuk
Tun M. Angkat Tun jadi PM ke-7. Dalam politik jangan emosi sangat.

“Tak kisah apa yang terjadi selepas itu. Puas kerana dapat tumbangkan BN. Sekarang ni pun sama. Pokoknya nak tumbangkan BN. Boleh ulang lagi,” katanya menerusi kenyataan dalam laman facebooknya berkaitan hal terbabit.



Terdahulu, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, parti-parti pembangkang ketika itu mewujudkan gabungan membentuk PH atas matlamat menumbangkang kerajaan BN yang telah lebih 60 tahun mentadbir negara.

Namun begitu, selepas PH mendapat mandat keadaan negara menjadi cacamarba selain pelbagai pendakwaan terpilih diabuat kepada pemimpin BN/UMNO. UMNO Online

PN, PH Tak Kisah Apa Jadi Asal Dapat Tumbangkan BN


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terkini: Permohonan bantuan Laptop dan Tablet dibuka

Resepi Ayam Goreng Korea Super Rangup



Resepi bubur pedas Sarawak nang nyaman



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker