32 kematian baharu Covid-19, 12,105 kes

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 32 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

KKM turut melaporkan 12,105 kes Covid-19 dan termasuk 12,062 penularan tempatan dan 43 kes import.

Daripada jumlah kematian itu, sembilan korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,192.

Johor dan Selangor masing-masing mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tujuh kes, diikuti Perak (lima), Terengganu (empat), Kedah dan Melaka (masing-masing tiga), serta Negeri Sembilan, Perlis dan Kuala Lumpur.

Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 162,216 kes aktif dilaporkan, termasuk 221 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 122 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 21,029 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 4,280,591.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terkini: Permohonan bantuan Laptop dan Tablet dibuka

Resepi Ayam Goreng Korea Super Rangup

Resepi bubur pedas Sarawak nang nyaman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker