Resepi Ayam Goreng Korea Super Rangup

Resepi Ayam Goreng Korea Super Rangup

Masa Penyediaan: 30 minit,
Masa Memasak:40 minit,
Jumlah Hidangan:3 orang

Nak tengok cara masak ayam goreng korea dengan resepi salutan yg baru? Jom tengok resepi ni. Ayam biasanya akan digunakan bahagian kepak yang diperap dulu dengan beberapa bahan supaya menyerap rasa, dan kali ni kita gaul ayam dengan salutan tepung basah sebelum disalut lagi sekali dengan adunan tepung kering supaya lebih melekat dan rangup ber kriuk salutan ayam goreng nanti.

Kemudian kita akan sediakan sos salutan ayam goreng dengan menggunakan pes cili dari Korea, atau pes cili gochujang. Bila ayam yang panas dan rangup tu disalut dengan sos yang pedas, manis, masin secukup rasa tabur pulak dengan bijan yang disangai..memang sedap & berbaloi tau masak sendiri.



Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk perapan ayam:

800g / 10 ketul kepak ayam
2-3 ulas bawang putih
-1 inci halia
1 biji putih telur
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil garam
5 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air

Bahan-bahan untuk tepung kering:



1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
sudu besar serbuk perasa Sedap
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil garam halus

Bahan-bahan untuk sos salutan:

3 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih
3-4 sudu besar pes Gochujang
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar madu
1-2 sudu kecil gula perang
Sedikit air
2 sudu besar bijan

Cara Penyediaan:



Cara-cara untuk perap ayam:

Ayam bahagian kepak, kalau besar potong dua (kalau nak guna bahagian lain pon boleh tapi potong kecil-kecil).
Pecahkan telur dan ambil telur putih.
Parut halus bawang putih dan halia. Masukkan dalam ayam.
Masuk serbuk lada hitam, garam dan telur putih.
Gaul sebati bahan tadi.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung, air dan sos tiram.
Kacau sebatidan ketepikan.

Cara-cara untuk tepung salutan:

Dalam mangkuk yang besar, masukkan tepung jagung, tepung gandum, tepung beras, serbuk perasa Sedap, serbuk penaik dan garam. Kacau sekata.
Salut sebati ayam.
Panaskan minyak dan goreng ayam sampai agak keperanggan.
Angkat ayam dan ketepikan.
Goreng semula ayam sampai perang keemasan.

Cara-cara untuk sos salutan:

Sangai bijan dalam 3-4 minit atau naik bau bijan. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih cincang.
Masukkan pes Gochujang, kicap manis, air sikit, madu dan gula perang. Kacau sampai masak pekat
Masukkan ayam goreng dalam sos salutan dan gaul sekata ayam goreng dan sos salutan.
Tabur dengan bijan sangai untuk hiasan.

Tips:

Adunan jangan terlalu pekat atau cair takut tepung salutan tak melekat.
Tambah air sikit-sikit semasa masak sos salutan supaya tak hangus.

Resepi Che Nom


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap

Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker