Resepi Udang Masak Diraja Viral

Resepi Udang Masak Diraja Viral

Resepi Udang Masak Diraja merupakan hidangan kegemaran kesemua lapisan umur. Daripada yang kecil sehinggalah yang dewasa, semuanya amat menyukai hidangan Udang Masak Diraja ini.

Tahukah anda, sebenarnya, Udang Masak Diraja ini mudah untuk disediakan. Disini, kami ada sediakan resepi yang lengkap untuk anda ikuti. Jadi, bolehlah anda sediakan kepada yang tersayang ya!



Rasa Udang Galah Masak Diraja ini lebih sedap dan menyelerakan. Lebih-lebih lagi apabila rasa dan aroma dari serai, lengkuas, halia serta cili bersatu. Ditambah pula dengan rasa lemak santan. Lauk ni saja pun dah cukup.

Bahan-Bahan:

1/2 kg udang – Udang galah/udang kertas
2 batang serai diketuk
1 kpg asam
1/2 sudu serbuk kunyit
1 sudu gula
1/2 sudu garam
1 cawan santan pekat

Bahan Kisar –



4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
2 inci lengkuas
1 inci halia

Cara Memasak:

1. Basuh udang bersih-bersih. Jangan lupa buang tahi udang.

2. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau. Masukkan serai ketuk. Masukkan udang, kacau dan sebatikan.



3. Masukkan santan pekat, serbuk kunyit, dan asam keping. Perasakan dengan garam, gula, dan pak aji kalau suka.

4. Masak jangan lama sangat nanti hilang rasa fresh udang. Bila dah masak, boleh lah dihidangkan.

Resepi Oleh: Aryati Sarah



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Resepi Udang Masak Diraja Viral


Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS



Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)

Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker