Haron BPR meninggal dunia

Haron BPR meninggal dunia

Gitaris kedua kumpulan Bumiputra Rockers (BPR), Haron Amat, 55, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kanser darah, jam 9 pagi di Hospital Ampang, semalam.

Berita sedih itu disahkan anak ketiga arwah, Hana Nafisah Haron.

Hana berkata, bapanya tidak mempunyai sebarang sakit kronik, selama ini.



“Arwah kerap demam sepanjang sebulan ini. Malah, arwah mengalami ruam pada bahagian badan, tetapi hanya diubati dengan menyapu krim kulit.

“Doktor mengesahkan arwah menghidap penyakit kanser darah. Bagaimanapun, arwah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 3 Mac lalu.

“Selepas keluar hospital, arwah melakukan proses kimoterapi. Pernah suatu ketika, arwah demam teruk dan keluarga memutuskan untuk membawanya ke hospital.

“Namun, kami dimaklumkan pemergian arwah. Kami reda dengan takdir ini,” katanya.



Hana berkata, jenazah arwah bapanya dimandi dan dikafankan di Masjid Abu Ubaidah, Sri Rampai.

“Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Selasih, Gombak, selepas Zohor semalam,” katanya.

Allahyarham Haron yang berasal dari Kulai, Johor meninggalkan seorang balu dan empat cahaya mata. BH

Haron BPR meninggal dunia




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS

Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)

Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker