Jumpa kad ATM, berbelanja sakan

Jumpa kad ATM, berbelanja sakan

KENINGAU: Polis menahan seorang wanita yang didapati menggunakan kad ATM yang dijumpainya untuk berbelanja.

Wanita berusia 33 tahun terbabit ditahan selepas didapati membelanjakan sebanyak RM1,365 dari akaun mangsa di beberapa pasar raya serta stesen minyak di sekitar daerah Keningau secara ‘pay wave’.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, mangsa membuat laporan kehilangan kad ATM Bank CIMB miliknya yang dipercayai tercicir ketika berada di Keningau.

Katanya, hasil semakan melalui aplikasi ‘CIMB Clicks’ mendapati, wang di dalam akaun miliknya itu berkurangan dan terdapat beberapa transaksi pembelian dibuat secara ‘Pay Wave’.

“Bertindak atas maklumat risikan, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil berjaya menahan seorang wanita tempatan.

“Siasatan awal mendapati, suspek bertindak sedemikian kerana mahu membeli barang keperluan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nor Rafidah berkata, siasatan kes masih dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997.

Sehubungan itu, Nor Rafidah menasihatkan orang ramai yang tercicir kad ATM supaya segera melaporkan kepada pihak bank.

Katanya, ia bagi memastikan kad ATM yang tercicir itu tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. BH

Jumpa kad ATM, berbelanja sakan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker