Polis buru penunggang menari atas motosikal

Polis buru penunggang menari atas motosikal

Polis mengesan seorang penunggang susulan aksinya melepaskan tangan dan “menari” atas motosikal dirakam dan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Aidi Sham Mohamed, berkata video berdurasi 39 saat itu dirakam pada 25 Nov tahun lalu menggunakan aplikasi TikTok namun ia ditularkan semula, semalam.

“Aksi itu dilakukan di Kilometer 16-17, Lebuhraya Seremban- Port Dickson berhampiran susur keluar Bandar Springhill.

“Berikutan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson sedang mengesan penunggang motosikal jenis Benelli itu,” katanya dalam kenyataan.

Aidi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis menyeru sesiapa memiliki maklumat kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Polis turut menyeru individu yang dikenal pasti dirakam dalam aksi tersebut diminta menyerah diri segera,” katanya. FMT

Polis buru penunggang menari atas motosikal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker