Kepala dipenggal, ditinggalkan atas kereta

Kepala dipenggal, ditinggalkan atas kereta

Pihak berkuasa Mexico semalam menemui enam kepala mangsa lelaki yang dipenggal dan ditinggalkan di atas sebuah kereta manakala mayat mereka dibungkus plastik dan diletakkan dalam kereta.

Menurut kenyataan pejabat peguam negara di negeri Guerrero, kepala yang ditemui di sebatang jalan yang sibuk di bandar Chilapa de Alvarez di barat daya itu adalah angkara perang kongsi gelap yang berleluasa di negara itu.



Satu kain rentang tertulis ‘Di Chilapa menjual kristal (dadah), menculik, peras ugut dan mencuri dilarang sama sekali. Ini akan berlaku kepada sesiapa yang mencubanya, kematian adalah hukuman bagi semua jenayah ini’.

Guerrero, antara negeri termiskin di Mexico, menyaksikan penculikan besar-besaran membabitkan 43 pelajar dalam latihan menjadi guru, yang disyaki dibunuh, di bandar Iguala pada 2014.

Keganasan yang berleluasa menjejaskan Mexico di bawah pentadbiran Presiden Andres Manuel Lopez Obrador, yang memegang jawatan bermula lewat 2018, dengan ikrar membawa ketenangan kepada negara itu menerusi langkah mengurangkan konfrantasi ketika menangani masalah jenayah terancang.

Lopez Obrador mengambil alih pentadbiran yang sememangnya bergelut menangani kadar kes bunuh yang tinggi.



Sejak mengambil alih pucuk pimpinan, purata kes kematian semakin meningkat sehingga mencapai kadar tertinggi di bawah mana-mana pentadbiran kerajaan Mexico. BH

Kepala dipenggal, ditinggalkan atas kereta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]

Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya



Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker