Telinga, Muka Pelajar Ini Terkoyak Diserang Anjing Dengan Lebih 800 Gigitan



Telinga, Muka Pelajar Ini Terkoyak Diserang Anjing Dengan Lebih 800 Gigitan

MANGSA gigitan anjing yang dianggarkan sebanyak 800 kali di bahagian muka, bersedia berhadapan masyarakat.

Jacqueline Durand, 22, yang juga pelajar di Texas dikatakan kehilangan 30 peratus darahnya selepas diserang anjing di bahagian telinga, hidung yang menyebabkan mukanya terkoyak sehingga kelihatan tengkorak.

Lantai rumah dipenuhi darah Jacqueline. – Foto CBS News

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku sehari sebelum sambutan hari lahirnya.




“Inilah masa sesuai untuk saya berhadapan dengan masyarakat dan saya tidak boleh terus takut.

“Saya mahu pemilik anjing mengenali haiwan peliharaan mereka supaya kedua-duanya dapat ‘berkomunikasi’ dengan baik,” katanya.

Menurutnya lagi, perkara yang paling digeruni selepas kejadian itu adalah teman lelaki Nathan, 24, akan meninggalkannya selepas melihat kesan gigitan anjing di wajahnya.

Teman lelaki Jacqueline bersumpah akan terus bersamanya. – Foto CBS News

“Nathan bagaimanapun tidak meninggalkan saya sebaliknya bersumpah untuk tinggal bersama dan saya tidak mempunyai alasan lain untuk tidak mempercayai kata-katanya,” ujarnya




Dalam pada itu, ujar Jacqueline, dia berasa sedikit kesal kerana pemilik anjing iaitu Dr Justin Bishop dan isteri Ashley tidak menghubunginya sejak kejadian serangan anjing.

Difahamkan, pelajar Universiti Texas di Dallas itu merupakan penjaga kepada anjing yang menyerangnya. – Metro

Telinga, Muka Pelajar Ini Terkoyak Diserang Anjing Dengan Lebih 800 Gigitan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);




KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.