Syed Saddiq cuba timbulkan polemik isu Bahasa Melayu – Ikmal

Syed Saddiq cuba timbulkan polemik isu Bahasa Melayu – Ikmal

Cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN cuba disalahtafsirkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Lebih malang apabila Ahli Parlimen Muar itu beranggapan langkah itu sekadar cuba meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya akan datang sedangkan tafsiran presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu jauh menyimpang.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham berkata, pandangan Syed Saddiq tidak lebih sekadar untuk menimbulkan polemik politik semata-mata.

“Selaku ahli Parlimen yang diundi oleh rakyat secara demokratik, Syed Saddiq seharusnya berpandangan jauh dengan menggunakan laras hujah yang membina bukannya yang berunsur provokatif.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mengguna dan memartabatkan Bahasa Melayu bukan sahaja di Malaysia bahkan di seantero dunia

“Ini kerana ianya merupakan lambang jati diri warganegara dan sebagai lambang negara Malaysia di persada dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Syed Saddiq dalam hantaran terbaru di Facebook mendakwa cadangan Perdana Menteri untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN bertujuan untuk mendapatkan sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Sebaliknya kata Syed Saddiq, penguasaan Bahasa Inggeris sepatutnya diperkasakan sebagai bahasa perdagangan dan jual beli malah ia antara keperluan terpenting bagi rakyat Malaysia untuk mengakses peluang di seluruh dunia.

Ikmal Hazlan yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkata, usaha memartabatkan Bahasa Melayu peringkat antarabangsa tidak seharusnya dipandang enteng dan bukan menafikan kepentingan Bahasa Inggeris.

“Bahasa Melayu adalah Bahasa Malaysia bukannya bahasa etnik yang terperosok jauh di penjuru global.

“Pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-76, kita dapat melihat utusan khas daripada Korea Selatan telah menyampaikan ucapan mereka menggunakan bahasa rasmi negara mereka.

“Langkah yang diambil oleh utusan khas Korea Selatan ini bukan bermakna mereka menidakkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi antarabangsa.

“Malah bahasa Inggeris juga semakin digunakan di negara tersebut tetapi ini menunjukkan bahawa mereka tidak merasa kekok dalam memperakukan dan mempertontonkan jati diri bangsa mereka di mata antarabangsa,” katanya lagi. MG

Syed Saddiq cuba timbulkan polemik isu Bahasa Melayu – Ikmal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker