Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop

Di media sosial viral rakaman video memaparkan seorang pensyarah memarahi pelajar kerana tidak mampu membeli sebuah komputer riba untuk tujuan pembelajaran.

Video yang dimuat naik di Twitter itu sehingga kini telah mendapat lebih 1 juta tontonan dan 39,000 retweet.



Orang ramai rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pensyarah yang seolah-olah memperkecilkan orang lain.

Dalam sedutan video viral, kedengaran profesor berkenaan bertanyakan pelajar adakah dia menggunakan telefon bukannya laptop untuk sesi itu.

“Kau pakai apa? Kau pakai phone eh? Mana kau punya komputer? Engkau tinggal dekat mana? Bapak kau kerja apa? Mak kau kerja apa? Mak kau dah tak ada, bapak kau tak kerja. Kau tak ada adik beradik? Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas pergi jual gelang emas beli komputer. Aku cakap dengan kau, kalau kau ada kakak ada gelang emas pergi jual beli komputer. Tu kau tak boleh belajar dengan baik disebabkan kerana tak ada komputer. Lepas ni aku akan ajar kau excel. Pasal itu kau jadi drop out student. Semester 5 kau tak ada komputer, aku sanggup tak ada pakaian, aku ada 5 helai je pakaian. The most important is computer, very important for me. Hanya RM800 beli komputer apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk dengan B40. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran.”



Meluahkan rasa tersinggung dengan kata-kata pensyarah ini, ada netizen baik hati mahu menghulurkan bantuan membeli laptop kepada pelajar ini. OM

Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan



Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker