Pengunjung Berjoget Lupa SOP Di Konsert Pesta Makanan (Video)

Pengunjung Berjoget Lupa SOP Di Konsert Pesta Makanan (Video)

Baru-baru ini tular di applikasi TikTok, video perkongsian oleh seorang pengguna dikenali sebagai Imran Rosly yang memaparkan keadaan situasi di sebuah konsert pesta makanan yang diadakan di perkarangan Astro, Bukit Jalil.

Menerusi video tersebut, dilihat sekumpulan pengunjung yang sedang menyaksikan persembahan oleh artis undangan telah menari tanpa menjaga penjarakan sosial serta tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Sehingga kini, video perkongsian itu telah mendapat perhatian ramai dan meraih 302.7K tontonan, 30.2K tanda suka, 3.4K komen di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi, ada yang mempersoalkan tentang bagaimana konsert seperti itu dibenarkan tanpa mengikut SOP yang ditetapkan.

“Omicron be like : “Welcome to the group” – Netizen.

Malah, ada juga yang memerli individu yang telah mendakwa bahawa orang ramai lebih teruja untuk pergi ke konsert Justin Bieber daripada menyertai kelas agama.

Ohhh paham, kalau artis oversea tak boleh, local boleh. okayyhhh. – Tulis seorang pengguna TikTok.

Bulan Ramadhan pun dah nak tiba, marilah kita persiapkan diri untuk jadi lebih baik. OM

Pengunjung Berjoget Lupa SOP Di Konsert Pesta Makanan (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah

Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker