‘Saya Melampaui Batas Dan Saya Salah’ – Will Smith Mohon Maaf Daripada Chris Rock [VIDEO]

‘Saya Melampaui batas Dan Saya Salah’ – Will Smith Mohon Maaf Daripada Chris Rock [VIDEO]

WILL Smith pada Isnin memohon maaf secara rasmi kepada Chris Rock kerana menampar pelawak itu ketika majlis Anugerah Akademi malam tadi.

Menyifatkan tindakannya “tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan”, pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik malam tadi itu mengaku bertindak mengikut emosi apabila gurauan melibatkan isterinya.

“Tidak mengapa bergurau tentang diri saya.

“Tetapi apabila gurauan tentang masalah dialami Jada, itu terlalu berat untuk saya tanggung, dan saya bertindak balas secara emosi.

“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada awak, Chris.

“Saya melampaui batas dan saya salah.

“Saya malu dan tindakan saya tidak menunjukkan ciri yang saya inginkan.

“Tidak ada tempat untuk keganasan dalam dunia yang penuh cinta dan kebaikan,” tulis Will Smith dalam catatan terbaharu di Instagram sebentar tadi.

Pihak Akademi dalam pada itu memaklumkan pada Isnin bahawa ia mengecam tindakan Will Smith dan merancang untuk melancarkan siasatan rasmi di atas tindakannya.

Chris Rock dalam pada itu dilaporkan menolak untuk mendakwa Will Smith atas kejadian malam tadi.

https://twitter.com/i/status/1508282978052411392

‘Saya Melampaui batas Dan Saya Salah’ – Will Smith Mohon Maaf Daripada Chris Rock [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker