Biden hilang akal dan cakap tak pakai otak

WASHINGTON: White House terpaksa menyelamatkan keadaan selepas ucapan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, Sabtu lalu, yang mengutuk Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Kelmarin, Biden menggelarkan Putin ‘tidak layak jadi Presiden’ dan memberi amaran jika cita-cita Putin tidak dikawal, boleh mencetuskan semula peperangan yang pernah melanda Eropah beberapa dekad lalu.

“Demi Tuhan, lelaki ini tidak boleh kekal berkuasa,” katanya sambil menyifatkan Putin mempunyai nafsu untuk ‘kekal berkuasa dan memiliki kawalan mutlak’.



Kremlin menjadi berang dengan kenyataan itu sehingga memaksa White House menjernihkan semula keadaan dan menjelaskan Biden bukan bermaksud perubahan rejim di Moscow.

“Maksud Biden adalah Putin tidak boleh dibenarkan menggunakan kuasa terhadap negara jiran atau wilayah itu.

“Presiden tidak membincangkan kuasa Putin di Rusia atau perubahan rejim,” kata seorang pegawai White House.

RUSIA BERANG



Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov memberitahu pemberita sebagai tindak balas terhadap kenyataan itu.

“Ini tidak perlu diputuskan oleh Biden. Perubahan pentadbiran hanya menjadi pilihan rakyat Persekutuan Rusia,” katanya.

Biden mengeluarkan kenyataan itu selepas membuat lawatan ke negara berdekatan Ukraine, ketika bandar Lviv dihujani bom iaitu hanya beberapa ratus kilometer dari lokasi Biden di Warsaw, Poland.

Biden malah menjadi begitu emosi apabila mendapati lebih tiga juta pelarian dari Ukraine terpaksa berpindah ke negara berdekatan.



Biden seperti cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar ketika menyampaikan ucapan yang berkisarkan soal demokrasi dan penindasan.

Beliau membuatkan suasana bertambah keruh apabila berulang kali menuduh Putin tidak berlaku jujur dan menggunakan kekerasan serta penipuan maklumat.

Ucapan itu disampaikan di pekarangan Istana Diraja di Warsaw.

“Saya ingin beritahu anda perkara sebenar. Perang ini tidak layak kepada rakyat Rusia dan Putin mesti menamatkan perang ini.



“Rakyat AS akan berdiri bersama rakyat Ukraine yang berani serta mahukan keamanan.

“Rusia mengancam untuk kembali ke perang berdekad-dekad yang merosakkan Eropah sebelum peraturan antarabangsa dilaksanakan,” katanya.

 

KEKAL TENANG



Dalam pada itu, Biden juga berusaha menenangkan negara Eropah Timur yang melahirkan kebimbangan berhubung konflik di Ukraine.

Beliau menjelaskan negara perikatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan bersatu dan memberi amaran kepada Rusia agar tidak meluaskan pencerobohan di luar Ukraine.

Poland dan negara blok timur lama seperti Latvia dan Estonia bimbang cita-cita Putin akan merebak ke sempadan mereka.

Namun, Biden berjanji NATO akan melindungi negara anggotanya dan menghormati Perkara Lima yang menyatakan jika seseorang diserang, semua akan bertindak balas.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker