Perak tegas tak akan bekal air mentah kepada Pulau Pinang – Saarani
Perak tegas tak akan bekal air mentah kepada Pulau Pinang – Saarani
Perak mengutamakan kepentingan penggunaan air kepada penduduk negeri itu terlebih dahulu dan bertegas tidak akan membekal air mentah kepada Pulau Pinang, kata Menteri Besar Saarani Mohamad.
Saarani berkata, berdasarkan kepada kajian saintifik dijalankan oleh Lembaga Air Perak (LAP), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), penyaluran air mentah ke negeri lain akan memberi kesan kepada sektor pertanian, industri dan penjanaan tenaga elektrik.
“Sebagai contoh sekiranya bekalan air mentah di Sungai Perak disalurkan juga ke negeri lain, ia akan menyebabkan penyusutan paras air sungai dan seterusnya menjejaskan penternakan ikan sangkar di Parit, Kampung Gajah dan Teluk Intan.
“Selain itu, Perak dijangka akan menerima lebih banyak pelaburan baharu dengan pembukaan kilang-kilang seperti di Tanjung Malim dan Bagan Serai. Lagi banyak kilang dibuka, lagi banyak keperluan air terutama kilang berasaskan getah.
“Jadi, saya minta maaf bukan kerana saya tidak bersimpati (dengan negeri lain dalam isu air) tetapi kita kena menyediakan bekalan air secukupnya untuk rakyat negeri Perak,” katanya memetik laporan Bernama.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 Tahun 2022 Peringkat Negeri Perak yang turut dihadiri Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid di pekarangan Briged Utara, Pasukan Gerakan Am di Ulu Kinta, dekat Ipoh, hari ini.
Pada Selasa, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Ahmad Hamzah berkata kerajaan Persekutuan berharap isu pembekalan air di Pulau Pinang, Kedah dan Perak dapat diselesaikan dengan baik berikutan kajian menunjukkan bahawa negeri-negeri di utara Semenanjung akan mengalami masalah kekurangan bekalan air menjelang 2050.
Beliau berkata ini adalah berdasarkan Kajian Sumber Air 2010-2050 (Perunding Zaaba 2008) yang telah merumuskan bahawa kawasan utara Semenanjung meliputi Kedah, Perlis dan Pulau Pinang akan dilanda kekurangan bekalan air yang ketara pada tahun tersebut.
Pada 3 Mac lepas, Saarani berkata Perak tidak mampu membekalkan air mentah dari Sungai Perak seperti dicadangkan di bawah Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS) kepada Pulau Pinang, kerana kajian menunjukkan kegunaan air bagi negeri itu sendiri adalah tidak mencukupi sepenuhnya.
Saarani berkata perkara itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan delegasinya, yang hadir pada pertemuan di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Perak Darul Ridzuan, baru-baru ini. FMT
Perak tegas tak akan bekal air mentah kepada Pulau Pinang – Saarani
Baca Artikel Menarik:
- Kerajaan dah hilang asas moral untuk terus memerintah – Nazri
- Dah Sampai Tahap 5 Baru Nak Menyesal! Disini Ada 9 Cara Jaga Buah Pinggang Anda
- Calon Timbalan Presiden PKR pilih Gombak kerana kubu ‘Pengkhianat’
- Mursyidul Am PAS dan Presiden PUTRA mahu Kit Siang diberi penghargaan
- PRU-15 bawa manfaat besar pada ekonomi negara – Pakar
- BN tak sertai GRS: Tidur bantal lain, mimpi tetap sama – Bung
- Bubar Parlimen untuk hadapai PRU-15, Top 5 UMNO masih belum putuskan
- Angkara menipu disamun, dirogol, wanita dihadapkan ke mahkamah
- Indomie Indonesia Jadi Mangsa Serangan Di Ukraine?
- MoU PH-kerajaan terbatal, dakwa Annuar
- DAP bergaduh sama sendiri kerana kes rasuah Guan Eng
- Najib bidas Raja Formula Songsang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Proton Preve bakal diganti model baru
Hina OKU, Kak Long 7E akhirnya mengadap Polis