PRU-15 bawa manfaat besar pada ekonomi negara – Pakar

PETALING JAYA: Mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU) secepat mungkin akan memberi manfaat kepada ekonomi negara, menurut pakar.

Carmelo Ferlito daripada Pusat Pendidikan Pasaran berkata, ketidakstabilan politik semasa menyebabkan pelabur menjauhkan diri dan PRU mungkin akan membawa perubahan yang dialu-alukan kepada landskap politik.

Beliau berkata, pelabur pada masa ini tidak tahu apa yang dapat dijangka dari segi dasar, strategi, hala tuju dan pelaksanaan.



“Pelaburan tersekat apabila pelabur merasakan hala tuju ekonomi tidak menentu atau buruk,” katanya kepada FMT.

“Pergelutan politik antara kerajaan dan blok pembangkang menimbulkan ketidaktentuan. Maka kemunculan majoriti jelas yang dipilih pengundi akan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap negara.

“PRU sekarang berpotensi membantu pertumbuhan ekonomi kerana ia akan menamatkan kekeliruan dan ketidaktentuan.’

Beliau mengulas gesaan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan supaya PRU15 diadakan tahun ini.



Bagaimanapun, Ferlito berkata, PRU tidak akan menjadi penawar bagi semua masalah ekonomi negara.

Katanya, kerajaan baharu mesti memulakan reformasi ekonomi.

“Pakatan yang menang perlu muncul dengan manifesto yang mantap untuk menangani masalah asas ekonomi negara. Komitmen untuk melaksanakan manifesto itu sangat penting.

“Kita perlu manifesto bukan demagogi, tetapi satu manifesto yang mengakui bahawa wujud isu struktur yang perlu ditangani dan masalah luar jangka yang wujud akibat pengurusan wabak yang buruk,” katanya.



Beliau menggesa agar keluaran dalam negara kasar (KDNK) disemak semula.

Katanya, negara terlalu bergantung kepada perbelanjaan pengguna dan campur tangan kerajaan manakala pelaburan swasta semakin ketinggalan.

Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia Shaun Cheah turut menyokong gesaan agar PRU diadakan awal dengan berkata, ketidakstabilan politik dan rasuah dalam kalangan pemimpin menjadi antara kebimbangan utama yang menjauhkan pelabur tempatan dan luar negara.

Beliau juga mencadangkan membina semula persekitaran mesra perniagaan dan menyusun semula perundangan buruh.



Beliau berkata, bagus untuk perniagaan jika PRU15 dapat melahirkan kerajaan stabil yang akan mentadbir dengan baik dan membuat dasar pro-perniagaan.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim

Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker