Perompak kedai emas lari, ‘kecut’ dengar jeritan wanita

Perompak kedai emas lari, ‘kecut’ dengar jeritan wanita

Jeritan seorang pekerja wanita berjaya menyelamatkan kedai emas milik majikannya daripada disamun dalam kejadian di Pekan Senai, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai Tok Beng Yeow, berkata pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu daripada lelaki yang juga pemilik kedai emas berkenaan.

Menurutnya, ketika kejadian kedainya didatangi seorang lelaki tempatan yang membawa penukul besi dan memecahkan cermin kaca di bahagian hadapan.

“Ketika kejadian terdapat dua pekerja dalam kedai emas itu. Seorang daripada mereka (pekerja) berusia 32 tahun menjerit memarahi suspek.

“Suspek yang terkejut terus melarikan diri menggunakan motosikal jenis Yamaha LC135 berwarna biru putih. Suspek juga tidak sempat mengambil barang kemas dari kedai emas itu,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beng Yeow berkata, pihaknya kini sedang mengesan suspek dan siasatan kes itu dilakukan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Dzulhanafie Nasran di talian 019-5383819 atau IPD Kulai 07-6632222. FMT

Perompak kedai emas lari, ‘kecut’ dengar jeritan wanita


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang

Kerajaan sedang kaji mengapa ramai guru bersara awal

Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker