Premis tawar khidmat seks warga asing diserbu

Premis tawar khidmat seks warga asing diserbu

Kegiatan sindiket pelacur warga asing yang menawarkan khidmat seks di sebuah premis di ibu kota terbongkar susulan penahanan 13 individu dalam serbuan pada Isnin.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, pihaknya menahan enam lelaki warga tempatan, seorang lelaki warga Indonesia dan enam wanita warga Vietnam.

“Kita turut merampas 130 keping kondom, satu pelincir, sehelai tuala, dua tisu basah, satu fail jadual kerja, dua buah telefon bimbit dan wang tunai RM 340,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Azman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 373, 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen1959.

“Orang ramai yang ingin membantu menyalurkan maklumat berkaitan perilaku jenayah boleh melakukannya di aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

“Kita amat menghargai sebarang bentuk maklumat berkaitan jenayah demi kesejahteraan masyarakat,” katanya. Sinar

Premis tawar khidmat seks warga asing diserbu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR

Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker