Pembuli jalan raya ditahan polis

Pembuli jalan raya ditahan polis

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan yang disyaki memandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux– secara berbahaya sehingga hampir menyebabkan kemalangan di Kilometer 138.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata suspek berusia lingkungan 30-an ditahan di pejabat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, jam 11.30 pagi tadi.



“Kes terhadap suspek disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Terdahulu, tular klip video berdurasi satu minit 35 saat yang dimuatnaik seorang pelayar laman sosial Facebook memaparkan sebuah pacuan empat roda melakukan kesalahan buli jalan raya dengan beberapa kali cuba menghimpit sebuah kereta lain.

Kenderaan itu kemudiannya dilihat terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar kon dan hampir merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di lorong kecemasan.

Berikutan kejadian jam 2.49 petang kelmarin, polis membuka kertas siasatan bagi tindakan lanjut. BH



Pembuli jalan raya ditahan polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras



Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker