7 pelanggan cedera, kereta rempuh restoren



7 pelanggan cedera, kereta rempuh restoren

Tujuh individu cedera selepas sebuah kereta terbabas dan merempuh ruang makan di luar sebuah restoran di Jalan Klang Lama, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, mereka terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita yang sedang makan di restoran itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.19 malam dan sepasukan anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati sebuah kereta jenis Honda HR-V terbabas lalu merempuh restoran serta melanggar kereta jenis Perodua Axia dan Lexus.

“Kesemua mangsa yang tidak mengalami kecederaan serius diberi rawatan awal di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Punca rempuhan sedang disiasat,” katanya. FMT




7 pelanggan cedera, kereta rempuh restoren


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis



Leave a Reply

Your email address will not be published.