Covid-19: 19,105 kes baru, trend kematian makin meningkat

Covid-19: 19,105 kes baru, trend kematian makin meningkat

Sebanyak 19,105k es baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,993,124.

Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 274,060, turun 9.9 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri adalah seperti berikut:

Selangor (6,761)

Pulau Pinang (1,772)

Kuala Lumpur (1,659)

Johor (1,441)

Perak (1,300)

Kedah (1,113)

Pahang (1,100)

Negeri Sembilan (885)

Sarawak (852)

Terengganu (547)

Kelantan (518)

Melaka (508)

Sabah (339)

Putrajaya (133)

Perlis (90)

Labuan (87)

Sebanyak 71 lagi kematian dilaporkan, dengan 26 kes kematian ketika dibawa (BID) ke pusat perubatan atau hospital.

Sejak minggu lalu, purata 84.7 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula adalah sebanyak 70.8, yang menunjukkan pola yang menaik.

Terdapat sebanyak 1651 mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 771 laporan kematian dicatatkan bulan laku manakala 491 kematian pada bulan Januari.

Sejak wabak itu melanda pada Mac 2020, sebanyak 34,400 kematian akibat Covid-19 telah direkodkan.

Malaysia adalah antara negara yang mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur, dengan 1,040 kematian bagi setiap 1 juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan – semuanya di Asia Barat.

Negeri dengan jumlah kematian tertinggi adalah seperti berikut: Kedah (14), Perak (14), Johor (11), Selangor (7), Kelantan (5), Pulau Pinang (5), Sarawak (5), Negeri Sembilan (4), Terengganu (2), Kuala Lumpur (2), Melaka (1), dan Pahang (1).

Sebanyak 7,080 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 371 mereka sedang mendapat rawatan rapi. Mk

Covid-19: 19,105 kes baru, trend kematian makin meningkat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker