Rafizi dan Izzah bergabung pimpin PKR

PETALING JAYA: Nurul Izzah Anwar memberi bayangan akan bergandingan bersama bekas Naib Presiden parti itu, Mohd. Rafizi Ramli bagi mengembalikan zaman `kegemilangan’ PKR seperti sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bagi mencapai agenda itu, beliau berkata, PKR memerlukan dukungan semua dalam membina kestabilan organisasi dan memainkan agenda menyemak imbang kerajaan yang kini seperti mudah dibuai dengan kuasa.

“Misi saya bersama saudara Mohd. Rafizi adalah untuk menambah nilai InsyaAllah kepada tampuk kepemimpinan termasuk memberi dukungan kepada Presiden Parti (Datuk Seri Anwar Ibrahim), bukan sebaliknya,” kata beliau kepada Utusan Malaysia semalam.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beberapa siri pengkhianatan diselangi ketewasan dalam pilihan raya mendorong beliau dan Rafizi berganding bagi merapatkan saf selain merejuvenasi parti demi menumpukan kembali suara dan permasalahan rakyat.

“Inilah kepada asas perjuangan parti selari dengan penubuhan pada tahun 1999,” katanya.

Justeru, Nurul Izzah menyarankan kepada semua pimpinan khususnya Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk menumpukan kepada misi pengukuhan organisasi parti itu khususnya di musim setiap parti sedang mengalami pengalaman transisi kepemimpinan.

“Kita bermuhasabah dan sentiasa amalkan sifat tawaddu’, sementara mempergiat usaha untuk memenuhi tuntutan rakyat yang menantikan pembelaan hakiki daripada kita.

“Banyak yang harus kita perbaiki demi mewujudkan Keadilan (PKR) yang kalis cabaran masa depan,” jelasnya.

Terdahulu, selepas kekalahan teruk PKR dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas menyaksikan ramai pihak menggesa parti itu melaksanakan segera reformasi dalaman bagi mengembalikan semangat parti.

Dakwa mereka, langkah radikal lain dapat diambil termasuk mengetengahkan kembali pemimpin berpengalaman dalam keadaan Presiden PKR sendiri diserang di setiap segi.

Susulan kekalahan teruk PKR dalam PRN Johor baru-baru ini juga, Mohd. Rafizi mengumumkan kembali menyertai gelanggang politik Selasa lalu apabila mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan akan datang.

Rafizi beranggapan politik progresif pelbagai bangsa parti itu kini dalam bahaya jika PKR dan PH terus menjadi parti ketiga kerana gagal memikat pengundi atas pagar

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker