Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu

Gambar hiasan menunjukkan salah satu jenis lembing. – SCRAN/Universiti Aberdee

BANGKOK – Seorang wanita di  wilayah Buriram, Thailand, bertindak menikam zakar suaminya  menggunakan tempuling atau  lembing ketika mereka  bertengkar, lapor laman berita Thaiger semalam.

Wanita berusia 43 tahun itu dikatakan menikam lembing tersebut dan memutarkan senjata tajam itu seperti yang sering dilakukan ketika menangkap ikan.

Selepas serangan tersebut, mangsa yang berusia 45 tahun dilaporkan melarikan diri ke rumah ibunya sebelum mendapatkan rawatan di hospital pada keesokan harinya.

Dia dilaporkan menerima 17 jahitan.

Menurut laporan media tempatan, mangsa kini tinggal bersama ibunya kerana bimbang sekiranya dicederakan sekali lagi oleh isterinya.

Sementara isterinya pula berkata, ketika kejadian, suamin mencekik lehernya terlebih dahulu sebelum dia bertindak mencapai sebatang lembing lalu menikam zakar lelaki itu. – AGENSI


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker