Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan

Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan

MULA-MULA simpati, kini ramai netizen marah dengan tindakan ibu aktres Tangmo Nida, Panida Siriyudthayothin yang memaafkan dua suspek kematian anaknya selepas memberi wang pampasan berjumlah RM3.8 juta.

Keputusan Panida memaafkan dua suspek iaitu pemandu bot laju Phaiboon Roberts serta Danupat ‘Por’Lerttaweewit (pemilik pengusahaan bot laju) mengejutkan ramai pihak.

Menurut Panida ketika muncul dalam temu bual di Channel 3 pada Jumaat, dia menerima permohonan maaf selepas dua individu itu kerap menghubunginya dan mengaku kesal dengan apa yang berlaku.

“Por seorang lelaki yang sopan. Dia sentiasa menghubungi saya, menangis setiap hari, dan saya akan menerima pampasan atas pemergian mendiang.

Ibu Tangmo Nida pada mulanya sukar memaafkan lima individu terlibat dalam kematian anaknya.

“Dia memberitahu saya untuk mengira pendapatan Tangmo Jika Tangmo menerima tawaran berlakon dengan harga 800,000 hingga 1 juta baht setiap siri,

“Jika dia masih hidup selama 30 tahun lagi, dia mungkin akan mendapat lebih daripada jumlah itu,” kata Panida menerusi laporan Coconuts.co

Sebelum ini, Panida tidak memaafkan semua yang terlibat malah dia juga tidak percaya punca kematian anaknya berlaku kerana kemalangan.

Akibat kecuaian pemandu bot bernama Phaiboon Roberts, Tangmo Nida dipercayai tergelincir masuk ke dalam sungai dan hanya ditemui selepas 36 jam pencarian.

Mengikut saksi iaitu nelayan yang berdekatan kawasan kejadian, mereka melihat sendiri bagaimana bot laju itu berpusing dengan sangat laju dan tidak terkawal.

Rakan baik Tangmo dedah pengurus menipu

Dalam pada itu, seorang rakan baik Tangmo Nida iaitu Surattanawee ‘Bow TK’ Suviporn tampil membidas kenyataan pengurus mendiang, Idsarin ‘Gatick’ Juthasuksawat atau Kratik.

Surattanawee yang merupakan saksi baharu itu menuduh Kratik memutarbelitkan cerita berhubung kematian Tangmo.

Rakan baik tampil membidas kenyataan pengurus Tangmo Nida.

Kratik ialah pengurus Tangmo dan merupakan salah seorang daripada lima rakan di dalam bot laju ketika mendiang terjatuh dan hilang di dalam Sungai Chao Phraya.

Surattanawee kemudian bercakap kepada pemberita mengenai pertemuannya dengan Kratik di Kelab Bot NBC iaitu lokasi di mana bot laju itu disimpan di daerah Muang, wilayah Nonthaburi, seperti yang dilihat pada rakaman kamera keselamatan pada 24 Februari lalu.

Bekas penyanyi kumpulan pop Triumphs Kingdom berkata, dia baru tampil memberi kenyataan kerana ingin menunggu Kratik membuat kenyataan terlebih dahulu.

Dia mendakwa apa yang dikatakan pengurus Tangmo itu tidak sepadan dengan apa yang telah diperkatakan kepadanya malah yakin fakta-fakta yang menyelubungi tragedi itu telah diputarbelitkan.

Menurutnya, dia menemani Kratik ke balai polis untuk memberikan kenyataan sebelum memandu pengurus wanita itu ke rumahnya.

“Saya berada di dalam kereta bersama Kratik selama kira-kira satu jam. Saya bagaimanapun tidak akan mendedahkan butiran perbualan kami,” katanya seperti dipetik Bangkok Post.

Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker