Selena Gomez Selamba Berkaki Ayam Naik Pentas Selepas Hampir Tergelincir Di Red Carpet [VIDEO]

Selena Gomez Selamba Berkaki Ayam Naik Pentas Selepas Hampir Tergelincir Di Red Carpet [VIDEO]

PENYANYI Selena Gomez mencuri tumpuan penonton apabila tiba-tiba terpelecok ketika berjalan di acara red carpet anugerah Actor Guild Award (SAG).

Video kejadian itu tersebar di Twitter dan menjadi topik bualan hangat netizen pada Isnin.

 

Menerusi video itu, Selena tiba-tiba terpeleset ketika sedang melalui red carpet itu, dia cuba mempertahankan posisinya dengan menggunakan lutut.

Dia bernasib baik pengawal peribadi sempat memegangnya kerana tumit pada salah satu kasutnya patah.

Bagaimanapun Selena nampak cantik mengenakan gaun berwarna hitam dengan belahan di belakang.

Dia kemudiannya membuat keputusan membuka kasutnya dan berjalan meninggalkan red carpet dengan berkaki ayam.

Kemudian, penyanyi lagu Ice Cream ini dengan selamba muncul di pentas bagi menyampaikan anugerah kategori pelakon pembantu wanita terbaik tanpa berkasut.

Tindakan Gomez itu mendapat pujian ramai.

“Berkaki ayam di hadapan selebriti terkenal adalah Selena Gomez yang sebenar.

“Saya suka melihat Selena Gomez menyampaikan anugerah tanpa memakai kasut.

“Selena Gomez berkaki ayam adalah satu perubahan,” komen netizen.

Pada acara yang berlangsung di California, Amerika Syarikat itu, Gomez bergaya dengan gaun rekaan Oscar de la Renta serta barangan kemas jenama Bulgari yang dikatakan bernilai lebih RM 4 juta. –Daily Mail

Selena Gomez Selamba Berkaki Ayam Naik Pentas Selepas Hampir Tergelincir Di Red Carpet [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker