‘Rehat La Mak..’ lbu Ali Puteh Dan Allahyarham Abam MeninggaI Dunia-AlFatihah [VIDEO]

‘Rehat La Mak..’ lbu Ali Puteh Dan Allahyarham Abam MeninggaI Dunia-AlFatihah

Ibu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh iaitu Sabariah Arshad meninggal dunia pada usia 64 tahun, awal pagi, hari ini.

Ali menerusi Instagram memaklumkan kematian ibunya itu pada jam 1.56 pagi.



“Assalamualaikum…mak saya telah pergi menghadap Ilahi. Doakan buat mak saya ye semua. Mak jumpa abang di sana ye,” tulisnya.

Berita sedih ini turut dimaklumkan anggota Bocey iaitu Achey menerusi Instagram.

“Malam Jumaat pemergian mu mak @aliputeh_official. Moga mak tenang di sana. Moga bertemu dengan anakmu #abam tercinta di syurga Insya-Allah,” katanya.



Hantaran mereka menerima ucapan takziah daripada rakan artis serta peminat kepada Ali dan keluarganya.

Pada 17 Disember lalu, Allahyarham Sabariah dimasukkan ke Hospital Selayang akibat serangan asma.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan ketika itu berkata, ibunya masih ‘ditidurkan’ dan menggunakan alat bantuan pernafasan.



Derita rindukan Abam Bocey berakhir, Ali Puteh cerita perbualan dengan arwah ibu – “Abang dah panggil mak… mak betul-betul nak pergi”

Cerita pelawak Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, arwah ibunya Sabariah Arsyad yang meninggal dunia pada Khamis malam kerap mengadu rindukan abangnya.

Namun kata Ali, kini ibunya itu dapat berehat daripada sakit buah pinggang yang ditanggung selama ini.

“Dia peluk saya, dia cakap mak sayang angah tau… angah pun sayang mak.



“Mak ni betul-betul dah nak pergi… abang kau dah banyak kali datang kat mak, panggil mak,

“saya peluk mak, saya cakap… mak rehat,” katanya kepada mStar.

Jenazah Allahyarham Sabariah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak kira-kira pukul 12 tengah hari.



‘Rehat La Mak..’ lbu Ali Puteh Dan Allahyarham Abam MeninggaI Dunia-AlFatihah


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib

Wanita mengaku Nabi, dihukum mati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker