Hasnul Zulkarnain umum tidak bertanding, mahu tebus kesilapan menjadi ‘katak politik’

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu diumumkan menerusi hantaran terkini di laman Facebook pada Selasa.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi memberi laluan kepada calon daripada Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding di kerusi DUN Titi Serong.

“Saya dengan rendah hati ingin memohon ribuan kemaafan kepada penyokong dan pendokong saya di kawasan Titi Serong yang mana saya telah membuat keputusan untuk tidak bertanding bagi PRU15 ini.

“Keputusan yang berat ini diambil bagi menebus kesilapan langkah politik saya sebelum ini. Saya akan turun berkempen bagi memenangkan calon Parti Amanah Negara (Amanah) dan PH di DUN atau Parlimen yang ditandingi,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Dalam pada itu, Hasnul Zulkarnain turut merakamkan penghargaan kepada pimpanan Amanah Kawasan Parit Buntar, Amanah Perak dan juga Amanah Nasional yang telah meletakkannya sebagai calon pada PRU yang lalu.

Beliau turut berterima kasih kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta penjawat awam kerajaan negeri dan pejabat daerah Kerian yang membantu menjayakan agenda pembangunan di DUN Titi Serong.

Pada PRU14, Hasnul Zulkarnain menang di kerusi DUN Titi Serong mewakili Amanah menewaskan calon BN dan Pas dengan majoriti 140.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ketika PH mentadbir Perak, Hasnul Zulkarnain dilantik sebagai exco kerajaan negeri selama 22 bulan dan pernah menjawat jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak.

Pada 9 Mac 2020, beliau yang juga bekas Ketua Pemuda Amanah Nasional bersama dua wakil rakyat PH iaitu ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Keong dan ADUN Buntong, A Sivasubramaniam mengumumkan keluar parti susulan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional.

Beliau kemudian menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum dipecat pada Disember 2020 dan menjadi wakil rakyat bebas.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun

Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker