Kata kerajaan pintu belakang, tapi tak mahu PRU

Selalunya pembangkanglah yang mahu PRU

Kata kerajaan pintu belakang, tapi tak mahu PRU

Sikap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempersoalkan pembubaran Parlimen dianggap sebagai sesuatu yang pelik.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Anwar dan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini selalu meratib ‘kerajaan pintu belakang’ dan ‘bukan mandat rakyat’.

“Bila diserahkan kembali mandat kepada rakyat, kenapa pula datang dengan 1,001 alasan untuk tidak mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)?” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Anwar dalam kenyataan media malam tadi menyifatkan keputusan kerajaan membubarkan Parlimen sebagai mementingkan diri kerana tergamak membahayakan nyawa rakyat semata-mata untuk mengadakan pilihan raya.

Pengerusi PH itu memberitahu, banjir telah pun bermula di Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Kuala Pilah, Baling dan Tebrau.

Asyraf mengingatkan Anwar yang kuasa membubarkan Parlimen adalah di bawah Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau mengakui memang UMNO bukan parti majoriti dalam kerajaan dan menyebabkan ia tidak stabil serta ugut mengugut terus berlaku.

“Kemuncaknya, apabila 12 menteri Perikatan Nasional (PN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas mengutuskan warkah kepada Seri Paduka mendahului dan menyanggah Perdana Menteri.

“Itu dengan sendirinya memberikan isyarat jelas kepada Seri Paduka bahawa kerajaan tidak lagi boleh berfungsi dengan baik untuk rakyat kerana tidak pernah berlaku perutusan warkah sebegitu rupa,” jelasnya.

Asyraf menambah, maka Seri Paduka sebagaimana kenyataan media Istana Negara semalam menggunakan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk membubarkan Parlimen bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang lebih stabil. MG

Kata kerajaan pintu belakang, tapi tak mahu PRU


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker