Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?

Mahathir telah meminta Jabatan Peguam Negara supaya menarik balik kes berhubung bekas ketua pengarang The Edge yang menghadapi tuduhan kesalahan jenayah fitnah berikutan dua laporan berita yang diterbitkannya.

Beliau berpandangan, Jabatan Peguam Negara masih boleh membetulkan keadaan tersebut.

“Saya sangat terganggu dengan pertuduhan fitnah jenayah terhadap editor The Edge, Azam Aris berhubung dua artikel yang diterbitkannya.

“Pertama sekali adalah individu atau syarikat berkenaan yang merasakan dianiaya sepatutnya menyaman editor dan penerbitan kerana memfitnah.

“Inilah berlaku dalam kebanyakan kes lain yang kita saksikan dalam pertikaian melibatkan laporan media,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, media melaporkan bekas ketua pengarang penerbitan The Edge, Ahmad Azam Mohd Aris didakwa mengikut Kanun Keseksaan di dua Mahkamah Majistret berasingan di Petaling Jaya berhubung dua laporan berita yang diterbitkan mengenai lonjakan saham penny stock pada 2020.

Azam didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana jenayah memfitnah dan seorang pengarang semasa, M Shanmugam juga dinamakan dalam salah satu pertuduhan itu.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, tindakan editor didakwa dan digari sebagai penjenayah biasa adalah sesuatu yang menakutkan.

“Selain ia menghalang usaha untuk mempromosikan kebebasan akhbar yang telah dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan dalam pemerintahannya.

“Tindakan sedemikian hanya akan menghakis lagi kebebasan dalam penarafan akhbar, yang mana telah mengalami kemerosotan besar dalam dua tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, lebih memburukkan lagi adalah menggari seorang editor memberi isyarat sangat salah kepada negara berkenaan dengan sistem keadilan dan peraturan undang-undang.

“Ini apabila penjenayah berprofil tinggi lain yang pernah disabitkan kesalahan boleh berjalan dengan bebas tanpa gari dan malah dibenarkan menghadiri sidang Parlimen.

“Walaupun kedua-dua kes itu berbeza, prinsip keadilan dan kesaksamaan harus digunakan secara sama rata,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker