PM jumpa Presiden UMNO selepas menghadap Agong

 

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sejurus selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang Khamis.

Menurut laporan sebuah portal berita, pertemuan itu berlangsung di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Perjumpaan itu dipercayai bagi membincangkan mengenai soal pembubaran Parlimen.

Sementara itu, laporan tersebut yang memetik sumber UMNO turut memaklumkan pertemuan itu berlangsung dalam suasana harmoni.

“Ya, Perdana Menteri sedang bertemu presiden. Dalam suasana harmoni,” katanya.



Sinar Harian sebelum itu melaporkan Ismail Sabri meninggalkan Istana Negara pada jam 4.44 petang tadi selepas menghadap yang di-Pertuan Agong kira-kira sejam.

Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada Jumaat lalu menetapkan bahawa pembubaran Parlimen perlu dilakukan dalam masa terdekat bagi memberi laluan untuk PRU15 diadakan pada tahun ini

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, berdasarkan kesepakatan itu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden parti itu dilaporkan akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker