PAS dengan BN kata lain, dengan PN kata lain

PAS dengan BN kata lain, dengan PN kata lain

Rakyat dan ahli politik seharusnya sedar bahawa Pas merupakan rakan kongsi yang sangat berisiko tinggi melakukan pengkhianatan sama ada sebelum atau selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, empat hari lalu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menekankan tentang keperluan partinya dan UMNO bertaut semula melalui Muafakat Nasional (MN).



Menurut beliau, pada masa yang sama, Pas menyatakan pendirian berbeza dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Barisan Nasional (BN) adalah musuh utama PN.

“Namun, amat mengejutkan secara tiba-tiba Muhyiddin menzahirkan ucapan terima kasih sambil mendedahkan bahawa PN akan terus diperkukuhkan selepas menerima kunjungan daripada Presiden Pas,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Shaiful Hazizy mengulas tentang pertemuan antara Muhyiddin dan Abdul Hadi pada Selasa lalu yang dipercayai bertujuan membincangkan beberapa isu berkaitan Pas dan PN.

Beliau turut menyifatkan pertemuan tersebut membuktikan bahawa Pas semakin terdesak dan hilang punca dalam strategi mereka menghadapi PRU-15.



“Apa yang lebih memalukan, sebelum pertemuan tersebut berlaku, Pas sering ‘meratib’ menuntut agar MN dihidupkan semula dan pada masa yang sama, menidakkan sekeras-kerasnya bahawa BN adalah musuh utama pada PRU yang akan datang.

“Tindakan Pas ini cukup memperlihatkan mereka jelas hilang punca dan Abdul Hadi sudah hilang ‘kompas politik’,” jelasnya.

Sehubungan itu, Shaiful Hazizy menasihatkan Pas agar jangan terlalu desperado untuk menjadi kingmaker dengan terus memperkudakan semangat penyatuan ummah.

“Habiskan sisa-sisa tempoh yang ada untuk berkhidmat kepada rakyat. Nasihat saya, janganlah beria-ia menutup bangkai gajah, kerana baunya tetap ada dan tidak akan hilang sama sekali,” katanya. MG



PAS dengan BN kata lain, dengan PN kata lain


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]



Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker