Rafizi ancam penjarakan pihak laksana PRU masa banjir

Rafizi ancam penjarakan pihak laksana PRU masa banjir

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengulangi ancaman akan ‘menghukum penjara’ pihak yang melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 ketika negara mengalami bencana banjir.

Rafizi berkata, beliau pernah memberikan amaran kepada UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 supaya mengetepikan Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyelesaikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kalau dia berani buat pilihan raya masa banjir buatlah. Kami menang bersedia tapi nanti kalau kalah dia kena masuk penjara jangan marah saya.



“Dulu masa 2018 dalam forum dengan pimpinan UMNO saya sebut dengan jelas kalau tidak ketepikan Najib dan selesaikan isu 1MDB UMNO akan kalah.

Dia tidak dengar. UMNO kalah ada masuk penjara, ada yang mempunyai kes. “Kali ini saya cakap benda yang sama kalau dia masih lagi berkeras mahu buat pilihan raya masa banjir, kalau UMNO kalah, Zahid nanti kena jangan marah pada saya. Sebab saya sudah sebut awal-awal,” kata Rafizi.

Dalam ceramah Rapat Mega Keadilan yang berlangsung pada 12 September lalu Rafizi mengeluarkan ancaman sekiranya PKR menang parti itu akan menghukum pihak yang melaksana PRU ketika banjir.

Timbalan Presiden PKR itu bercakap kepada media selepas menghadiri pelancaran kumpulan FIQIR.My iaitu sebuah kumpulan pemikir dalam kalangan anak muda yang akan aktif di media sosial membincang dan mengemukakan isu dan polisi negara. MG



Rafizi ancam penjarakan pihak laksana PRU masa banjir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)

Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah

Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker