Angkasawan dakwa rakam kelibat ‘malaikat’

Rakaman ‘malaikat’ angkasa yang dirakam oleh Cristoforetti semasa berada di ISSbaru-baru ini. – SWNS

 

MOSCOW – Seorang angkasawan merakam gambar yang memaparkan kelibat kelihatan seperti ‘malaikat angkasa’ semasa mengorbit Bumi, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Angkasawan Agensi Angkasa Eropah (ESA), Samantha Cristoforetti merakam pelancaran Roket Soyuz Russia pada Rabu lalu.

Dari sudut pandangannya di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), laluan yang ditinggalkan oleh penerbangan itu mencetuskan imaginasi beberapa pemerhati.

Pakar teknologi untuk laman web CNET, Amanda Kooser, menyamakannya dengan figura malaikat dengan sayap terbentang sedang naik ke orbit.

Manakala blog IFLScience menyifatkan ia sebagai malaikat angkasa yang hebat.

“Wah, hampir kelihatan seperti adegan dari filem angkasa tahun 1960-an. Tidak kelihatan nyata. Cantik tetapi kelihatan tidak nyata,” tulis seorang pengguna media sosial.

Cristoforetti yang  akan mengambil alih peranan komander ISS berkata, ia adalah salah satu rakaman pemandangan menakjubkan dari angkasa lepas.

Cristoforetti secara rasmi akan mengambil alih daripada rakan anak kapal Ekspedisi 67, Angkasawan Rusia, Oleg Artemyev.

Satu upacara penyerahan tugas dengan majlis simbolik penyampaian kunci daripada komander terdahulu akan berlangsung pada 28 September 2022. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker