Syarahan ekonomi Rafizi setaraf persediaan pelajar SPM – Shaiful

Syarahan ekonomi Rafizi setaraf persediaan pelajar SPM – Shaiful

Dua cadangan yang diberikan oleh Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk menaikkan nilai ringgit dilihat seperti tidak berpijak di bumi yang nyata.

Malah, Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyifatkan kenyataan Rafizi itu seperti syarahan asas ekonomi bagi persediaan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun hadapan.



Menurut beliau, ‘syarahan ekonomi 101’ oleh Rafizi amat tidak adil dalam menunjukkan prestasi ringgit dan ekonomi negara.

“Syarahan ekonomi 101 seperti ini bukan taraf seorang yang bernama Rafizi Ramli.

“Sosok Rafizi ini seharusnya memberikan cadangan strategi serta polisi yang lebih spesifik dan teliti kerana ia melibatkan negara,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Shaiful Hazizy mengulas rakaman video ucapan Timbalan Presiden PKR itu yang tular dalam media sosial mengenai dua cadangannya untuk menaikkan nilai ringgit baru-baru ini.



Rafizi mencadangkan ia boleh dilakukan melalui pelaburan asing yang besar dan meningkatkan eksport Malaysia ke negara-negara lain.

Shaiful Hazizy tidak bersetuju dengan cadangan Rafizi kerana pada pandangan beliau, ekonomi Malaysia amat terbuka dan fleksibiliti ringgit ditentukan oleh pasaran, justeru situasi yang dialami oleh rakan dagangan utama akan memberi impak kepada negara ini.

Menurut beliau, dolar Amerika Syarikat (AS) yang meningkat berbanding kebanyakkan mata wang utama dunia dan serantau berikutan Rizab Persekutuan AS dijangka menaikkan kadar faedah dengan lebih agresif untuk menguruskan inflasi yang tinggi di negara itu sebanyak 8.5 peratus pada Mac, didorong oleh pertumbuhan yang kukuh dan keadaan pasaran buruh.

“Impaknya, ramai ‘pengurus portfolio global’ terpaksa melihat serta memperuntukan kembali pelaburan mereka dalam aset yang menjana hasil lebih tinggi di AS.



“Selain itu, penyusutan mata wang juga turut dilihat di beberapa negara utama yang lain. Misalnya yen Jepun merosot sebanyak 10.4 peratus berbanding dollar AS, pound United Kingdom (UK) sebanyak 7.3 peratus, won Korea Selatan sebanyak 6.0 peratus dan baht Thailand sebanyak 2.7 peratus,” jelasnya.

Shaiful Hazizy menambah, kebimbangan pelabur mengenai konflik di Ukraine dan tanda-tanda momentum pertumbuhan global lembab turut menjadi penyumbang kepada permintaan yang lebih tinggi terhadap aset dalam denominasi dolar AS berikutan ia dianggap sebagai mata wang yang lebih selamat.

Beliau berkata, Indeks Kebimbangan Pelabur turut meningkat kepada 31 mata pada April lalu berbanding pada purata 18 mata.

“Selain itu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) turut menyemak semula unjuran pertumbuhan global sebanyak dua kali tahun ini berbanding pada setiap April, mendapati pertumbuhan pada 2022 telah disemak kepada 3.6 peratus berbanding 4.4 peratus sebelum ini,” katanya.



Shaiful Hazizy menjelaskan, kedudukan China sebagai rakan dagang terbesar Malaysia turut menjadi faktor utama penyusutan ringgit ekoran terdapat kebimbangan ketara mengenai kelembapan ekonomi di negara itu susulan pelaksanaan sekatan COVID-19 di bandar-bandar utamanya baru-baru ini.

Beliau memberitahu, perkembangan itu sekali lagi memberikan tamparan hebat kepada Malaysia lantaran China menyumbang hampir 16 peratus kepada eksport negara ini.

“Malah, secara lebih luas, ini turut menjelaskan pergerakan relatif ringgit terhadap mata wang serantau baru-baru ini kerana Malaysia mempunyai kaitan dagangan kukuh dengan China berbanding negara-negara serantau lain di mana eksport ke China dengan peratusan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Indonesia 3.8 peratus, Thailand 0.7 peratus dan Malaysia 12.4 peratus,” jelasnya.

Shaiful Hazizy bertanya kepada Rafizi bagaimana kerajaan boleh memujuk pelabur asing melabur di negara ini jika ekonomi dunia dilanda kelembapan dan masyarakat dunia bimbang dengan keadaan ekonomi semasa.



“Bagaimana kita boleh memaksa negara lain untuk meningkatkan urusan atau nilai dagang Malaysia dalam kelembapan ekonomi sekarang terutamanya bila negara yang merupakan rakan dangangan utama negara pun menetapkan dasar yang memberi impak kepada ekonomi Malaysia?” katanya. MG

Syarahan ekonomi Rafizi setaraf persediaan pelajar SPM – Shaiful


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker